[VIDEO] Kenapa halang aktivis berhimpun kalau ikut SOP? Soal Dr Mahathir


Nabihah Hamid Hasmizar Hassan Fikri Ghazali Syazwana Amir

TINDAKAN polis menahan aktivis yang berhimpun untuk memperingati mangsa Covid-19 di Dataran Merdeka tidak wajar sekiranya mereka mengikuti prosedur operasi standard (SOP), kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata hak berhimpun sepatutnya diberikan dan bukannya diperketatkan.

“Di zaman Najib pun bila Bersih keluar demonstrasi mereka tidak ditangkap. Mereka dapat demonstrasi. Sekarang ini kita tidak ada demonstrasi bukan kerana undang-undang tapi kerana Covid-19.

“Kita dapati bahawa semakin lama bukan makin liberal tetap makin ketat tekanan. Sebab itu kalau ada pemuda nak ada demonstrasi tetapi akur kepada SOP saya fikir tiada masalah,” katanya dalam satu temubual eksklusif bersama The Malaysian Insight.

Ahli Parlimen Langkawi itu merujuk kes 35 aktivis yang ditahan semalam kerana berhimpun menyalakan lilin di Kuala Lumpur memperingati ribuan mangsa Covid-19 yang terkorban.  – 20 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen