[VIDEO] Ahmad Maslan dedah kenapa Ismail Sabri layak jadi PM ke-9


Hasnoor Hussain Sumardi Susilo

SETIAUSAHA Agung Umno Ahmad Maslan berkata walaupun Ismail Sabri orang ketiga dalam parti namun beliau merupakan calon yang layak ditabalkan menjadi Perdana Menteri kesembilan.

Selain daripada pengalaman politik yang luas, Naib Presiden Umno itu juga telah menggalas tugas yang besar sewaktu menjadi menteri kanan dalam Perikatan Nasional.

Hari ini, difahamkan 114 ahli parlimen dipanggil mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengesahkan sokongan mereka terhadap Ismail Sabri. – 19 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen