[VIDEO] Ketua parti politik tiba di Istana Negara menghadap Agong
PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara jam 2 petang bagi menghadap Yang di Pertuan Agong.
Beberapa pemimpin parti politik lain turut tiba di Istana Negara seawal jam 1.35 petang tadi antaranya Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ia diikuti, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.
Sultan Abdullah Billah Shah dipercayai mahu mengetahui siapa yang mempunyai sokongan untuk menjadi perdana menteri seterusnya. – 17 Ogos, 2021.
Komen