[VIDEO] Sah! Kabinet Muhyiddin letak jawatan - kata Khairy


Hasmizar Hassan Syazwana Amir Sumardi Susilo

SELURUH anggota kabinet meletak jawatan pada hari ini, dedah ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy yang juga salah seorang menteri kabinet Muhyiddin berkata demikian sewaktu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menghadap baginda di Istana Negara selepas mempengerusikan mesyuarat jemaah menteri.

Muhyiddin selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara untuk mempersembahkan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri .

Kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat memasuki perkarangan Istana Negara sebelum 12.30 tengah hari, dan keluar lebih kurang 40 minit kemudian. – 16 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen