[VIDEO] Sultan Johor beri amaran bubarkan DUN jika ada usaha jatuhkan kerajaan negeri


Syazwana Amir Fikri Ghazali

SULTAN Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah tidak akan teragak-agak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sekiranya ada pihak tertentu cuba untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Baginda memberi amaran tersebut kepada 56 ADUN Johor agar tidak berpolitik sewaktu rakyat kesusahan akibat pandemik.

Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan pembukaan rasmi Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Persidangan Keempat DUN Johor ke-14 hari ini. – 12 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen