[VIDEO] Ketua-ketua parti PN adakan perjumpaan khas di Putrajaya
PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan perjumpaan khas bersama ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional hari ini.
Beberapa kenderaan membawa menteri dilihat memasuki bangunan Perdana Putra di Putrajaya.
Antara yang paling awal tiba ialah kenderaan membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan pada jam 3.40 petang. – 11 Ogos, 2021.
Komen