[VIDEO] Tinggal kerajaan secara tergesa-gesa tindakan tak bertanggungjawab, kata Ismail Sabri
NAIB presiden Umno Ismail Sabri Yaakob menegaskan meninggalkan kerajaan secara tergesa-gesa dan menumbangkan kerajaan ketika ancaman COVID-19, adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.
Jelasnya, tumpuan parti sepatutnya adalah terus membantu kerajaan menyelesaikan isu pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kehidupan rakyat.
Naib presiden Umno itu berkata demikian dalam sidang media bersama 20 orang lagi ahli Parlimen yang hadir dalam sidang media hari ini. – 6 Ogos, 2021.
Komen