[VIDEO] Shamsul Anuar Nasarah letak jawatan dari kabinet Muhyiddin


Syazwana Amir Fikri Ghazali

SHAMSUL Anuar Nasarah letak jawatan sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli mahu tumpukan perhatian sebagai ahli Parlimen Lenggong.

Beliau membuat keputusan itu dengan alasan “patuh dan setia” kepada Umno, selepas parti menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri pada awal Julai.

Pegawai pejabat Shamsul Anuar juga mengesahkan kenyataan itu kepada The Malaysian Insight. – 3 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen