[VIDEO] 90 peratus sudah vaksin, kenapa tangguh sidang? Soal senator


Hasmizar Hassan Sumardi Susilo Nabihah Hamid

SELEPAS ahli Parlimen Pembangkang protes penangguhan semalam, kini giliran ahli Dewan Negara pula menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan.

Senator Yusmadi Yusoff mempersoalkan kewajaran menutup Parlimen yang sepatut merupakan tempat selamat yang boleh bersidang kerana lebih 90 peratus ahli dan petugasnya divaksin.

Beliau khuatir penangguhan sidang Parlimen mempunyai motif politik. – 3 Ogos, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen