[VIDEO] Protes #Lawan berakhir dengan aman, tiada provokasi


Syazwana Amir Fikri Ghazali Jeremy Seng Hasmizar Hassan

Himpunan #Lawan di Dataran Merdeka berakhir dengan aman dan tamat jam 12.30 tengahari tadi.

Mereka sebelum itu berarak dari Masjid Jamek hingga ke Dataran Merdeka namun tidak dibenarkan masuk.

Aktivis muda berpakaian serba hitam berhimpun di jalan di luar ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhampiran Dataran Merdeka selepas polis menghalang mereka daripada memasuki dataran bersejarah itu untuk mengadakan protes.

Lebih seribu orang muda berhimpun di sepanjang Jalan Tun Perak dan menuju ke persimpangan DBKL dan Dataran Merdeka di mana mereka akan mengadakan protes duduk bagi menuntut perletakan jawatan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, pembukaan sepenuhnya Parlimen dan moratorium pinjaman automatik.

Protes diketuai Sekretariat Solidariti Rakyat (SSR) diadakan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur. – 31 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen