[VIDEO] Adham jamin tiada tindakan disiplin terhadap doktor kontrak sertai hartal


Syazwana Amir Sumardi Susilo

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba memberi jaminan tidak ada tindakan disiplin akan dikenakan terhadap doktor kontrak yang menyertai Hartal Doktor Kontrak semalam.

Adham menjawab soalan tersebut ketika memberi penerangan kepada Dewan Rakyat mengenai tindakan yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menangani pandemik Covid-19.

Pagi semalam, ratusan pekerja kesihatan kontrak bermogok di sekitar hospital kerajaan di seluruh negara sebagai tanda protes terhadap sistem kontrak yang tidak adil.  – 27 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen