[VIDEO] Isu Ordinan Darurat dijawab Isnin depan


Fikri Ghazali

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang, Takiyuddin Hassan mengelak memberi penjelasan berhubung perkara berkaitan Ordinan Darurat, termasuk pemansuhan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Takiyuddin memaklumkan, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun sudah membuat satu petua semalam, yang mana semua persoalan dan isu dibangkitkan Ahli Parlimen berhubung perkara itu dijawab pada Isnin depan.

Beberapa ahli Parlimen termasuk ketua pembangkang Anwar Ibrahim turut membidas jawapan dengan menyifatkan keengganannya menjawab isu tersebut hari ini hanya membuktikan pemansuhan ordinan yang disebutnya belum diperkenan Yang di-Pertuan Agong.  – 27 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen