[VIDEO] RM30 sehari bagi penginapan hotel mewah bantu golongan susah
SIAPA sangka hotel serba mewah yang dahulunya dikunjungi pelanggan elit, kini jadi tempat berlindung pada yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
Hotel Grand Season yang dihentikan operasi sejak Februari 2019 kini kembali beroperasi sebagai Rumah Prihatin @ Grand Season sejak 15 Julai 2021.
Serendah RM30 semalam, khidmat hotel selama dua tahun ini berperanan membantu musafir, pelajar, petugas barisan hadapan dan individu yang memerlukan tempat tinggal sementara. – 27 Julai, 2021.
Komen