[VIDEO] 10 kenderaan konvoi kibar bendera hitam 'kerajaan gagal'


Nabihah Hamid Hasmizar Hassan

KIRA-KIRA 10 buah kereta berkonvoi sambil mengibarkan bendera hitam di sekitar Kuala Lumpur dengan diiringi polis bermula 11.30 pagi tadi.

Mula bergerak dari stesen transit aliran ringan (LRT) Bangsar menuju ke Dataran Merdeka, peserta juga membunyikan hon selain mengibarkan bendera dengan tulisan ‘kerajaan gagal’.

Konvoi kemudian meneruskan perjalanan dari Dataran Merdeka ke Brickfield lalu bersurai di sekitar kawasan Bangsar.

Menurut jurucakap Sekretriat Solidariti Rakyat SSR Asraf Sharafi tiada sebarang provokasi berlaku.

Ia juga mendapat sambutan orang awam yang semakin menyokong kempen menuntut Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan.

“Upacara seperti ini akan diteruskan sehingga tuntutan kami dipenuhi,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insight. – 24 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen