[VIDEO] Peguam negara perlu hadir jelas ordinan darurat di Parlimen, kata Azalina


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

ORDINAN Darurat perlu dijelaskan oleh Peguam Negara dan bukannya tanggungjawab menteri, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said.

Beliau mahu Idrus Harun hadir dalam sidang khas lima hari mulai Isnin kerana ahli Parlimen mempunyai banyak persoalan yang perlu dijawab ketua penasihat perundangan kepada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan itu.

Pada masa ini, mengikut undang-undang, Peguam Negara tidak perlu menjawab secara langsung kepada Parlimen. – 21 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen