[VIDEO] Selangor tiada bidang kuasa tutup kilang


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

BIDANG kuasa untuk menutup kilang tidak terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri sebalik kerajaan persekutuan.

Exco kerajaan tempatan Ng Sze Han berkata kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor adalah untuk membendung penyakit oleh menteri kesihatan melalui Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.

Dibawah Akta 342, pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai bidang kuasa sama ada untuk membatalkan, menamatkan atau menarik lesen atau kebenaran secara sewenang-wenangnya.

Kenyataan dibuat susulan rungutan dan desakan pelbagai pihak supaya kerajaan negeri menggunakan kuasa PBT untuk menarik balik lesen operasi kilang bagi membendung penularan Covid-19 di Selangor. – 14 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen