[VIDEO] Umno tarik sokongan, gesa Muhyiddin letak jawatan


UMNO memutuskan menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin serta merta kata presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Umno juga mendesak agar Muhyiddin meletakkan jawatan “secara terhormat” bagi membolehkan perdana menteri baharu dilantik bagi satu tempoh yang terhad untuk menguruskan hal ehwal berkaitan Covid-19

Keputusan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno yang berlangsung lebih empat jam malam tadi. – 8 Julai, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen