[VIDEO] Buka Parlimen dalam masa 14 hari, jangan derhaka titah Agong - kata Zahid


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

UMNO mahu Parlimen dipanggil dalam masa 14 hari sebelum 4 Julai ini demi menghormati titah nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan tidak perlu berdolak-dalik dengan istilah “secepat mungkin” dan “segera” dalam dua kenyataan media yang dikeluarkan Agong minggu lalu.

Jelasnya, dua kenyataan itu menzahirkan kesepakatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah mahukan Parlimen bersidang semula.– 21 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen