[VIDEO] Ratusan PATI di Cyberjaya ditahan
SELEPAS empat tahun duduk secara haram, seramai 156 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Ahad lalu. Serbuan dilakukan di Cyberjaya turut menangkap lebih 10 kaum wanita.
Operasi dibuat selepas risikan selama tiga bulan terhadap penempatan terpencil yang dipercaya telah wujud beberapa tahun. Penempatan haram itu dihuni warga asing ada dokumen, PATI dan pelarian UNHCR.
Ketika serbuan, ada yang bertindak agresif dan cuba meloloskan diri ke dalam semak selain cuba melarikan diri melalui bumbung rumah. – 8 Jun, 2021.
Komen