[VIDEO] Pajak gadai suram tapi Ar-Rahnu rancak


Jeremy Seng Fikri Ghazali Noel Achariam

WALAUPUN dibenarkan beroperasi selepas perlaksaaan sekatan penuh atau ‘total lockdown’ namun kedai pajak gadai konvensional berdepan kerugian.

Ini kerana pelanggan lebih selesa memajak barangan berharga dengan Ar-Rahnu, atau pajak gadai Islam kerana lebih mesra pelanggan.

Menurut, Presiden Persatuan Tuan Punya Pajak Gadai Malaysia, Tan Ho Keng, kutipan mereka menurun sebanyak 50% sejak Januari.

Malah, semua 500 anggota persatuan itu menghadapi masalah yang sama.

Sebaliknya, pengurus cawangan Ar-Rahnu Petaling Jaya, Khairunissa Zulkifle berkata Pajak gadai Islam, menjangkakan perniagaannya meningkat semasa sekatan pergerakan kali ini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen