[VIDEO] Belanja ratus bilion ringgit untuk vaksin, tapi tak nampak kesan - Dr Mahathir


Hasmizar Hassan Noel Achariam Salhan K. Ahmad

KERAJAAN perlu bertindak tegas ke atas individu yang mengelak daripada mendapatkan vaksin bagi memastikan lebih ramai rakyat dilindungi dari jangkitan, kata Dr Mahathir Mohamad.

Lebih ramai rakyat perlu divaksin kerana golongan yang belum menerima pelalian berisiko tinggi menyebarkan jangkitan, katanya dalam satu wawancara dengan The Malaysian Insight.

“Kita mahu semua orang mendapat vaksin. Akhirnya kita perlu menguatkuasa perkara ini sebab berbahaya jika orang yang tidak mendapat vaksin bergaul dengan orang lain,” katanya.

Dr Mahathir turut mempersoalkan perbelanjaan pembelian vaksin yang mencecah ratus bilion ringgit tetapi tidak perolehi sebarang kesan.


Setakat ini, hampir 2 juta daripada keseluruhan 32.7 juta penduduk sudah menerima vaksin, menurut angka dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

Secara tepatnya, seramai 1,234,630 orang sudahpun menerima dos pertama manakala 761,263 lagi sudahpun menerima dos kedua. – 20 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen