[VIDEO] Khalid Samad menghadap Agong, rayu tamat darurat
KETUA jawatankuasa Khalid Samad menggesa darurat ditamatkan selain Parlimen dibuka semula bagi memastikan kelancaran situasi politik dan ekonomi negara.
Khalid Samad berkata, sudah jelas lagi nyata darurat yang dicadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah menjadi alat politik.
Petang tadi, sekumpulan Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Istana Negara memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memperkenankan penamatan darurat dan mengadakan semula Sidang Parlimen.
Pengisytiharan darurat berkuatkuasa pada 11 Januari dan akan berlangsung sehingga selewat-lewatnya 1 Ogos. Kerajaan berkata darurat perlu dilakukan bagi membendung peningkatan jumlah jangkitan Covid-19. – 20 April, 2021.
Komen