[VIDEO] Najib tidak tahu kerana percaya duit dari penderma


Fikri Ghazali

NAJIB Razak tidak berniat untuk mendatangkan kerugian kepada sesiapa pun atau mendapatkan keuntungan ke atas dirinya sendiri kerana beliau yakin dana dalam akaun peribadinya adalah sumbangan daripada royalti Arab, kata pasukan pembelanya kepada Mahkamah Rayuan hari ini.

Peguam pertahanan Harvinderjit Singh berkata tidak ada unsur ketidakjujuran oleh bekas perdana menteri itu.

Beliau menambah bahawa Najib tidak menyedari dana SRC International Sdn Bhd telah ditransaksikan ke dalam akaunnya pada Disember 2014 dan Februari 2015.

Najib mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman penjara kerana menyalahgunakan dana SRC International sebanyak RM42 juta

Harvinderjit Singh mengulangi hari ini, seperti yang dikatakan semasa perbicaraan SRC pada Jun tahun lalu bahawa tidak menjadi masalah sama ada sumbangan Arab Saudi itu terbukti benar atau tidak, kerana inti kesnya adalah sama ada Najib mempercayainya dan bertindak dengan niat baik.

Peguam juga berkata dalam pembelaannya hari ini bahawa sekiranya ada masalah, Bank Negara Malaysia akan menyelesaikannya.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada Najib dan didenda RM210 juta.

Ka selepas Najib didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kedudukan yang melibatkan dana berkenaan. – 12 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen