[VIDEO] PN runding kerusi tanpa Umno?


Sumardi Susilo

SEJURUS selepas Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 berakhir penghujung bulan lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta semua parti Perikatan Nasional (PN) menyerahkan senarai kerusi yang mereka mahu bertanding untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU), kata sumber gabungan itu.

Beliau mahukan senarai, malah lebih cepat lebih baik, setelah PAU mengesahkan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu dan PN pada PRU15.

Muhyiddin mahu parti-parti PN, Bersatu yang dipimpinnya, PAS, Gerakan dan parti di Sabah STAR dan SAPP memastikan antara mereka, mereka dapat merangkumi semua 222 kerusi di Parlimen.

Di Sarawak, tidak ada parti PN namun gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat sebagai sekutu.

PN telah memutuskan dalam mesyuarat selepas PAU ianya akan bertanding di semua 222 kerusi tanpa Umno.

Oleh itu, rundingan kerusi perlu dimulakan secepat mungkin. Pilihan raya umum dijangkakan selepas bulan Ogos, selepas darurat ditarik. – 12 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen