[VIDEO] Bersatu takut Umno bekerjasama dengan parti lain, kata Nur Jazlan


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi terus diserang bertalu-talu kerana Perikatan Nasional (PN) terutamanya Bersatu takut Umno akan bekerjasama dengan parti lain, kata Nur Jazlan Mohamed.


Beliau merujuk rakaman audio yang dikatakan perbualan antara Ahmad Zahid dan Presiden PKR Anwar Ibrahim yang dipercayai berlaku selepas Perhimpunan Agung Umno pada akhir bulan lepas.


Timbalan Pengerusi Umno Johor berkata tiada salahnya isu hubungan antara Zahid dengan Anwar demi mencari titik persamaan bagi menghadapi pilihan raya akan datang.


Kedudukan itu jelas, katanya, selepas Bersatu kini tiada harapan untuk bersama dengan Umno setelah Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini memutuskan tiada kerjasama antara dua parti itu dalam pilihan raya umum ke-15. – 7 April, 2021.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen