[VIDEO] Ada ribuan kerja kosong, kata MEF


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

RIBUAN kerja kosong yang masih belum diisi meskipun Covid-19 memberi kesan kepada ekonomi negara baru-baru ini.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan berkata, sebanyak 739,743 jawatan kosong tersedia pada 2020 berbanding 413,695 pencari kerja.

Menurutnya antara 1 Januari dan 26 Mac, 2021 lebih 460 ribu kekosongan kerja yang terdapat di portal pekerjaan nasional, MYFutureJobs.

Portal MYFutureJobs yang merupakan inisiatif di bawah Kementerian Sumber Manusia membolehkan majikan dan pencari kerja mengiklankan jawatan kosong atau memohon pekerjaan. – 5 April, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen