[VIDEO] PAS pilih Bersatu hadapi PRU15


Sumardi Susilo Nabihah Hamid

PAS akan bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata parti itu dalam satu kenyataan bersama.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan PAS Abdul Hadi Awang pada 30 Mac lalu.

Selaku antara Parti Pengasas Utama Perikatan Nasional, Bersatu dan PAS akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Pemesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan halatuju parti khusus bagi menghadapi PRU15.

Kenyataan dikeluarkan oleh setiausaha agung kedua-dua parti, Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan. – 31 Mac, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen