[VIDEO] Lebih setengah juta rakyat mahu vaksin Covid-19


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

SEJAK pendaftaran vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dibuka secara rasmi melalui aplikasi MySejahtera semalam, seramai 637,000 individu mendaftar sebagai penerima menerusi medium tersebut setakat 9 malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Dr Mahesh Appannan berkata pada masa ini aplikasi berkenaan dilihat sebagai medium paling berkesan untuk menyebarkan maklumat mengenai Covid-19 termasuk program vaksinasi.

Petang semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melancarkan program pendaftaran vaksinasi Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pelaksanaan program imunisasi itu.

Majlis pelancaran diadakan selepas perdana menteri menerima suntikan pertama daripada dua dos vaksin Pfizer-BioNTech di Pejabat Kesihatan Putrajaya pada 2.43 petang, sekali gus menjadi individu pertama menerima vaksin itu di negara ini.  – 25 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen