[VIDEO] Puluhan juruterbang hilang kerja


Sumardi Susilo Ravin Palanisamy Jeremy Seng

SERAMAI 55 juruterbang kontrak Malaysia Airlines berusia 60 tahun ke atas ditamatkan perkhidmatan, dedah seorang veteran yang terjejas.

Kapten Rajkumar Henry berkata Malaysia Airlines mengabaikan perjanjian kontraknya dan menamatkannya tanpa pampasan.

Dengan hampir 17,000 jam terbang sebagai juruterbang, beliau mengaku sebagai salah seorang pekerja yang paling lama berkhidmat iaitu selama 46 tahun. Keadaan ini katanya tidak adil walaupun pernah bersama mengharung ribut sepanjang berkhidmat. – 23 Februari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen