[VIDEO] Isa Samad dihukum penjara 6 tahun kes rasuah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 54 tahun dan denda RM15.45 juta terhadap bekas pengerusi Felda Mohd Isa Abdul Samad selepas mendapati beliau bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak.
Bagaimanapun, Isa, 71, hanya perlu menjalani hukuman penjara selama enam tahun setelah Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali memerintahkan semua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dijatuhi hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan dihadapinya dan mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 18 tahun jika gagal membayar denda berkenaan.
Isa didapati bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah berjumlah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak. – 3 Februari, 2021.
Komen