[VIDEO] Najib makin popular
BEKAS perdana menteri, Najib Razak dilihat makin popular di Facebook selepas menerima 4.4 juta pembaca sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut semakan yang dibuat The Malaysian Insight antara 14 Januari dan 20 Januari, pemimpin berusia 67 tahun menerima bacaan tersebut daripada 49 posting di Facebooknya.
Antara ahli politik, laman Facebook Najib menerima kunjungan tertinggi berbanding Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang hanya menerima 1.3 juta pengunjung dengan tujuh posting. – 26 Januari, 2021.
Komen