[VIDEO] Kes Covid-19 18 Januari, 2021 | 3,306 kes baharu, 4 kematian


Fikri Ghazali

MALAYSIA melaporkan 3,306 jangkitan Covid-19 baharu dalam tempoh 24 jam terakhir, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 161,740.

Ini adalah hari kelima berturut-turut Malaysia melaporkan lebih 3,000 kes sehari.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata 3,299 kes baharu adalah penularan tempatan dan tujuh kes import.

Bagi hari ke-11 berturut-turut, Selangor mencatatkan kes tertinggi berbanding negeri lain dengan 1,213 jangkitan, diikuti Sabah (432) dan Johor (329).. – 18 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen