[VIDEO] Muhyiddin ‘diktator' yang mahu terus berkuasa, kata Dr Mahathir


Nabihah Hamid Fikri Ghazali

MUHYIDDIN Yassin ibarat pemimpin diktator selepas menguatkuasakan darurat kerana terdesak untuk terus berkuasa kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata Muhyiddin mengorbankan demokrasi negara selain menggunakan cara yang tidak tepat untuk menangani pandemik Covid-19.

Tambahnya pemerintahan kerajaan PN sekarang ibarat pemerintahan diktator di mana rakyat tidak boleh bantah dan kuasa diberikan penuh terhadap Muhyiddin.

Dr Mahathir berkata demikian dalam temu bual bersama stesen radio BFM pagi tadi.

Pengerusi Pejuang itu berkata tidak ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat kerana Malaysia ada undang-undang mencukupi bagi berdepan dengan pandemik dan keadaan bukannya di luar kawalan seperti beberapa negara lain. – 15 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen