[VIDEO] Apa boleh terjadi kepada kerajaan PN selepas isytihar darurat?   


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

PENGISYTIHARAAN Proklamasi Darurat dilaksanakan di seluruh negara tidak akan menyelamatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk terus memimpin negara, kata peguam Hanif Khatri. 

Ikuti penjelasan pengamal undang-undang itu yang menerangkan apa kemungkinan boleh berlaku kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah semalam perkenan supaya darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19.

Pelaksanaan darurat ini sehingga 1 Ogos, 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan. – 13 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen