[VIDEO] Kes Covid-19 7 Januari, 2021 | 3,027 kes baharu, 8 kematian


Mastura Malak Fikri Ghazali

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan sebanyak 3,027 kes baharu telah dilaporkan. Kes tertinggi direkodkan setakat tahun 2021.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 128,465 kes.

Dimaklumkan terdapat 8 kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 521 kes.– 7 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen