[VIDEO] RoS tolak pendaftaran parti baharu Dr Mahathir


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

PERMOHONAN pendaftaran parti Pejuang ditolak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Pengasasnya Dr Mahathir Mohamad menerima surat penolakan tersebut semalam.

RoS adalah unit di bawah Kementerian Dalam Negeri dan menteri semasa adalah Hamzah Zainuddin daripada Bersatu.

Pejuang dibentuk oleh bekas ahli Bersatu yang berselisih faham dengan kepemimpinan selepas parti itu menarik diri daripada Pakatan Harapan pada akhir Februari, membawa kejatuhan kerajaan ketika itu. – 7 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen