[VIDEO] Hadi cuba selamatkan Umno-Bersatu daripada berpecah


Mastura Malak Sumardi Susilo

PRESIDEN PAS Abdul Hadi Awang dilaporkan sedang cuba mendamaikan perbalahan antara Umno dan Bersatu bagi menyelamatkan hubungan kedua-dua parti Melayu itu daripada hancur.

Memetik laporan media tempatan, Hadi tidak mahu melihat perpecahan kerjasama politik kedua-dua parti itu kerana penting bagi semua parti Melayu untuk terus bersatu.

Beberapa minggu kebelakangan ini, pemimpin dan ahli akar umbi Umno mahu pemimpin mereka memutuskan semua hubungan dengan Bersatu, parti serpihan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. – 6 Januari, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen