VIDEO] Covid-19 di Selangor sukar reda, kata pakar kesihatan


Ragananthini Vethasalam Fikri Ghazali

JANGKITAN Covid-19 di Selangor tidak akan surut dalam masa terdekat ini kata Pakar Kesihatan.

Pakar epidemiologi Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata lebih kurang 60 daripada 215 kluster aktif seluruh negara berkait dengan Selangor.

Selangor mendahului semua negeri lain selama 10 hari berturut-turut sehingga Jumaat lepas apabila kes di Kuala Lumpur pula meningkat.

Ini bermakna, kadar jangkitan kekal tinggi di Lembah Klang.

Peningkatan kegiatan ekonomi di Selangor juga menjadi penyebab kepada peningkatan jumlah jangkitan kluster.

Dr Awang juga berpendapat sukar untuk melihat jangkitan Covid-19 di Selangor reda dalam masa terdekat. – 28 Disember, 2020.

 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen