[VIDEO] Tarik semula sokongan terhadap Muhyiddin, gesa pemimpin Umno
AHLI Parlimen Umno perlu menarik balik sokongan terhadap kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, gesa Ahli Majlis Tertinggi Umno Puad Zarkashi.
Tindakan itu wajar memandangkan ramai yang tidak berpuas hati dengan isu pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan moratorium pinjaman bank.
Dalam kenyataan ringkas yang disiarkan di Facebook, Puad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) belum menunaikan janji mengenai penangguhan pinjaman dan pengeluaran KWSP yang dibuat semasa perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat bulan lalu.
Beliau berkata sokongan boleh ditarik balik demi kepentingan rakyat.
Komen