[VIDEO] Kes Covid-19 23 Disember, 2020 | 1,348 kes baharu, 5 kematian
SELANGOR terus mencatatkan kes Covid-19 tertinggi untuk lapan hari berturut-turut selepas merekodkan 535 kes dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini berkata Malaysia merekodkan 1,348 kes hari ini.
Beliau berkata kes terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes 98,737 manakala kes aktif 18,279. – 23 Disember, 2020.
Komen