[VIDEO] Kes Covid-19 22 Disember, 2020 | 2,062 kes baharu, 1 kematian


Fikri Ghazali Nabihah Hamid

SEBANYAK 2,062 kes baharu Covid-19 direkodkan dalam 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah terkumpul di Malaysia kini 97,389 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Sementara itu, seramai 911 pesakit pulih, menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 ialah 79,304 kes, tambah beliau.

Selangor masih mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,014 kes diikuti Kuala Lumpur (504), Sabah (252) dan Johor (167).

Satu kes kematian dilaporkan hari ini membabitkan warga asing. Mangsa, lelaki berusia 69 tahun, meninggal dunia di Hospital Labuan. – 22 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen