[VIDEO] Ku Nan bersalah terima rasuah RM2 juta


Nabihah Hamid Sumardi Susilo

TENGKU Adnan Tengku Mansor didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menerima RM2 juta ringgit daripada pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd Chai Kin Kong.

Semasa pembelaan kes, Tengku Adnan mengaku menerima RM2 juta daripada Chai pada 14 Jun 2016.

Namun beliau mendakwa duit itu bukan untuk dirinya sendiri tetapi bagi tujuan kempen pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Tengku Adnan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Kes ini mula dibicarakan pada 2 Julai tahun lalu, melibatkan 23 saksi. – 21 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen