[VIDEO] Dr M, Ku Li tawar bantu bentuk kerajaan jika Perikatan runtuh esok


Kamles Kumar Sumardi Susilo

DR Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh menawarkan kesediaan untuk membantu usaha pembentukan sebuah kerajaan baharu sekiranya kerajaan Perikatan Nasional tumbang apabila Belanjawan 2021 dikemukakan untuk undian pada bacaan ketiga di Dewan Rakyat esok.

Dalam satu sidang media bersama, dua ahli politik yang lama berseteru ini mengumumkan mereka sedia sama-sama membantu untuk menyelamatkan negara daripada ahli politik yang hanya hendak berpolitik.

Mereka juga menyeru anggota Dewan Rakyat untuk mengetepikan kepentingan peribadi sebaliknya mengutamakan kepentingan negara untuk menjadikan Malaysia – sekali lagi – sebagai kuasa ekonomi Asia. – 14 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen