[VIDEO] Kes Covid-19 14 Disember, 2020 | 1,371 kes baharu, 4 kematian


Mastura Malak Sumardi Susilo

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan sebanyak 1,371 kes baharu telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 84,846 kes.

Dimaklumkan terdapat 4 kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 419 kes.

KKM memaklumkan terdapat 2 kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini, iaitu Kluster Solar Ria dan Kluster Senu Setia.– 14 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen