[VIDEO] Kes Covid-19 11 Disember, 2020 | 1,810 kes baharu, 6 kematian


Mastura Malak Sumardi Susilo

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan sebanyak   1,810 kes baharu telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 80,309 kes.

Dimaklumkan terdapat 6 kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 402 kes.

KKM memaklumkan terdapat 6 kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini, iaitu Kluster Sungai Putus, Kluster Erima, Kluster Tapak Bina Jalan Berangan, Kluster Langkasuka, Kluster Jalan College, dan Kluster Sungai Keluang. – 11 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen