[VIDEO] Perbicaraan rasuah Rosmah bersambung, Mahdzir dipanggil


Ravin Palanisamy Mastura Malak Sumardi Susilo

PERBICARAAN kes rasuah Rosmah Mansor berhubung projek solar hibrid sekolah di pedalaman Sarawak disambung semula hari ini selepas ditangguh hampir dua bulan susulan sekatan pergerakan akibat Covid-19.

Saksi kelima pendakwaan Bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid dipanggil untuk disoal balas pasukan pembelaan.

Beliau sepatutnya hadir pada 5 Oktober, tetapi terpaksa menjalani kuarantin selepas terbabit dalam kempen pilihan raya negeri Sabah.

Semasa sesi soal balas pada perbicaraan Februari lalu, peguam bela Rosmah, Jagjit Singh, mendakwa ahli Parlimen Umno itu menteri pendidikan “paling korup” kerana bersetuju untuk meluluskan projek hibrid solar di Sarawak dengan balasan suapan RM60 juta.

Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada Saidi menerusi bekas pembantunya Rizal Mansor bagi projek membekalkan tenaga solar bernilai RM1.25 bilion kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Beliau didakwa melakukan perbuatan tersebut pada 2016 dan 2017. – 11 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen