[VIDEO] Pendakwah selebriti didakwa lakukan persetubuhan luar tabii, cabul penuntut kolej


Mastura Malak Sumardi Susilo

PENDAKWAH selebriti, Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful mengaku tidak bersalah di dua mahkamah hari ini, atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta, dua bulan lepas.

Syed Shah Iqmal, 25, dilihat tenang ketika membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap wanita berumur 22 tahun itu, di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana antara 3 pagi hingga 4 pagi, 17 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Di Mahkamah Majistret, Syed Shah Iqmal didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa sama dengan maksud untuk mencabul kehormatannya, pada tarikh dan lokasi sama.

Syed Shah Iqmal juga akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan rogol. – 10 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen