[VIDEO] Kes Covid-19 10 Disember, 2020 | 2,234 kes baharu, 3 kematian


Mastura Malak Sumardi Susilo

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan sebanyak 2,234 kes baharu telah dilaporkan.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 78,499 kes.

Dimaklumkan terdapat 3 kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 396 kes.

KKM memaklumkan terdapat 5 kluster baru telah dikenal pasti pada hari ini, iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Bulit, Kluster Tapak Bina Cinding, Kluster Tapak Bina Jalan Stadium, Kluster Jalan Dalam dan Kluster Tenun Merah. – 10 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen