[VIDEO] Umno balas dendam terhadap Bersatu di Perak, kata penganalisis


Mastura Malak Fikri Ghazali

UMNO membalas dendam terhadap apa yang berlaku semasa pilihan raya Sabah apabila parti itu berjaya memaksa Perikatan Nasional (PN) bersetuju dengan calonnya, Saarani Mohamad untuk menjadi menteri besar Perak, kata penganalisis.

Ini juga bertujuan menguasai semula Perak, bank undi kuat Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang, kata mereka.

Pihak lain yang kalah besar dalam kemelut di Perak adalah DAP apabila parti yang memegang 16 kerusi itu cuba untuk bekerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan negeri.

Profesor Madya Sosio-Budaya Universiti Malaya, Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, walaupun Umno masih bersama PN, tindakan itu mengejutkan Bersatu dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila ia berjaya mengambil alih negeri.

Ikuti temubual dalam talian bersama Dr Awang. – 10 Disember, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen