[VIDEO]Muhyiddin tidak hilang kepercayaan, kata Takiyuddin
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan memberitahu usul undi tidak percaya dan undi percaya yang dibawa ahli Parlimen ke Dewan Rakyat bukan usul segera yang perlu dibahas kerana tiada petunjuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hilang kepercayaan.
Takiyuddin berkata, undian sebulat suara Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat juga menunjukkan Muhyiddin masih mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pertanyaan Ahli Parlimen Hassan Karim (Pasir Gudang-PH).
Jelasnya lagi, Muhyiddin dipilih sebagai perdana menteri oleh Yang di-Pertuan Agong setelah baginda berpuas hati presiden Bersatu itu memperolehi 114 sokongan ahli Parlimen ketika krisis politik hujung Februari lalu.
Walaupun Presiden PKR Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Port Dickson mendakwa memperolehi sokongan majoriti untuk menggantikan Muhyiddin, Takiyuddin berkata Anwar tidak mengemukakan bukti ketika menghadap Agong pada 13 Oktober lalu. – 10 Disember, 2020.
Komen